KUALA LUMPUR – Sebanyak 33 kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif bertambah kepada 35,160.
Daripada jumlah itu, 10 kes membabitkan kematian di luar hospital.
Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, Selangor merekodkan lapan kes kematian, Perak (enam), Kedah (empat), Sarawak (tiga), Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis (masing-masing dua) serta Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (satu).
Malaysia menyaksikan sebanyak 12,017 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam.
Setakat lewat malam tadi, negara merekodkan sebanyak 171,172 kes aktif.
Daripada jumlah itu, 234 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 131 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes kumulatif Covid-19 yang direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,268,486. – MalaysiaGazette