KUALA LUMPUR – Harga jualan ayam standard bagi jualan runcit di Selangor ditetapkan RM8.90 sekilogram manakala, untuk borong pula RM7.60 sekilogram.
Menerusi data Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga bagi jualan ayam gred super pula ditetapkan pada kadar RM9.90 sekilogram dan RM8.90 untuk borong.
Harga borong ayam hidup pula RM6.05 sekilogram.
Dalam pada itu, harga telur bagi gred A yang ditetapkan dengan harga 0.43 sen sebiji bagi runcit dan 0.41 sen bagi borong.
Bagi telur gred B dan C pula masing-masing ditetapkan pada kadar harga 0.41 sen dan 0.39 sen untuk runcit manakala, 0.39 sen dan 0.37 sen untuk borong.
Penentuan harga maksimum bagi barangan tersebut berkuatkuasa semalam hingga 5 Jun ini.
KPDNHEP mengingatkan bahawa tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana penjual yang gagal mematuhi arahan.
Mereka yang ingkar boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi perseorangan, manakala bagi syarikat pula boleh didenda hingga RM500,000 atau kompaun sebanyak RM250,000. – MalaysiaGazette