Home Seni Hidup ‘Rasa Lama’ kekalkan menu ‘signature’

‘Rasa Lama’ kekalkan menu ‘signature’

KUALA LUMPUR – Restoran Rasa Lama kembali lagi dengan bufet Ramadan tahun ini dengan menawarkan pelbagai menu tradisi orang lama sehinggalah ke hidangan barat.

Bertemakan Aneka Rasa Lama, sebanyak 80 menu bufet yang ditawarkan oleh restoran berkenaan yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Apalah kiranya bufet Ramadan untuk restoran berkenaan tanpa hidangan ‘signature’ iaitu kambing panggang yang dihidang bersama dengan sos rosemary.

Peminat masakan Melayu tidak akan kecewa dengan kepelbagaian jenis ulam-ulaman dan sambal seperti sambal belacan, tempoyak, cili kicap, budu, cencaluk, air asam, sambal hijau, sambal nenas dan sambal mangga.

Selain itu Bufet Ramadan 2022 di Aneka Rasa Lama turut menghidangkan gulai daging kerisik, ayam percik Pak Mail, nasi kuning menu asli Minang dan Ais Krim Malaysia.

Bermula 9 hingga 30 April, peminat bufet pelbagai menu istimewa dengan harga RM78 bagi dewasa manakala hanya RM40 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Tempahan awal pula akan mendapat diskaun sehingga RM130 untuk dua orang dewasa.-MalaysiaGazette