LONDON – Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo diumumkan sebagai pemain terbaik Manchester untuk bulan Mac walaupun menyaksikan kelab itu semakin tercicir daripada saingan kelompok empat teratas.
Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik selepas meledak hatrik ketika menewaskan Tottenham Hotspur.
“Jelas sekali Cristiano semakin berusia. Dia bukan lagi pemain di awal 20-an dan ia perkara biasa dalam bola sepak. Dia memang tajam di depan gol, tetapi selebihnya dalam permainan anda memerlukan pemain muda dan bertenaga,” kata Rooney yang kini membimbing Derby County. – MalaysiaGazette