KUALA LUMPUR – Tiga daerah di Selangor mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang tengah hari ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Keadaan sama turut membabitkan Muallim, Perak; Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.
Amaran dikeluarkan ekoran terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette