Home Utama Wanita dicabul lelaki bermata juling

Wanita dicabul lelaki bermata juling

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menjadi mangsa cabul lelaki tidak dikenali di pakir sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun mahu menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat satu.

Ketika itu terdapat tiga individu di dalam lif berkenaan.

Katanyanya, sejurus tiba di tingkat satu, mangsa terus ke tempat letak kereta untuk menyimpan barang di dalam kenderaannya.

Bagaimanapun, jelasnya, secara tiba-tiba, seorang lelaki menghampiri wanita berkenaan dan mahu membantu dengan mengambil troli yang dibawa mangsa.

“Mangsa menolak permintaan itu dan suspek tetap mengambil barangan mangsa dan membantu memasukkannya ke dalam kenderaan,” katanya.

Wan Kamarul berkata, secara tiba tiba lelaki terbabit mencabul mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa menyatakan lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam dan memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya.

Selain itu katanya, suspek dipercayai berkulit gelap dan mangsa hanya menyedari suspek bermata juling.

Mangsa juga tidak mengenali suspek serta tidak pernah berjumpa sebelum ini.

“Perbuatan mangsa turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pakir itu.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette