Home MGNews MGNews : Bekas Eksekutif Didenda RM8,000 Gagal Lapor Suapan Kepada SPRM

MGNews : Bekas Eksekutif Didenda RM8,000 Gagal Lapor Suapan Kepada SPRM

Seorang bekas eksekutif agensi kerajaan terlepas daripada hukuman penjara 10 tahun dan hanya didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah kerana tidak melaporkan aktiviti rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan tertuduh diberikan wang suapan berjumlah RM5,000 bagi membantu sebuah syarikat untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan baja bernilai RM143,100 pada 2015.