Home Utama Tekong bot bawa penyelam warga asing positif dadah

Tekong bot bawa penyelam warga asing positif dadah

Kamarul Zaman Mamat (centre) is being briefed by the Iskandar Mersing Camp 21st Special Service Group General Staff Chief Aid Ridzwan Abdullah on the search and rescue mission of the four missing divers at Tokong Sanggol Island in Mersing, Johor. dive boat skipper
Kamarul Zaman Mamat (centre) is being briefed by the Iskandar Mersing Camp 21st Special Service Group General Staff Chief Aid Ridzwan Abdullah on the search and rescue mission of the four missing divers at Tokong Sanggol Island in Mersing, Johor. Kamarul Zaman Mamat (tengah) mendengar taklimat yang diberikan Ketua Staf Am 21 Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing, Aid Ridzwan Abdullah ketika meninjau operasi mencari empat penyelam warga asing hilang di Pulau Tokong Sanggol di Mersing, Johor.

MERSING  – Tekong bot yang membawa penyelam warga asing di Pulau Tekong Sanggol, Mersing tengah hari semalam positif dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang mengesahkan perkara itu berkata, tekong yang berusia lewat 20 tahun telah pun ditahan pada jam 11.30 malam tadi untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan positif dadah hasil ujian air kencing. Kita tahan individu itu sehingga siasatan selesai dan akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya kepada pemberita di Jeti Am Mersing, di sini, hari ini.

Semalam, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria, berkata pihaknya menerima maklumat melalui Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya jam 2.35 petang mengenai empat penyelam warga asing tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar 12 tengah hari.

Mangsa terdiri daripada remaja lelaki warga Britain berusia 14 tahun, lelaki warga Britain berusia 46 tahun, wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan wanita warga Norway berusia 35 tahun.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat unsur kecuaian kejadian itu, Kamarul Zaman memberitahu, pihaknya sedang menyiasat dan kenyataan telah pun diambil daripada tekong bot berkenaan.

“Pihak polis akan menyiasat dari segi kelengkapan peralatan menyelam mereka dan juga kesemuanya kita akan siasat.

“Pasukan forensik juga akan sampai untuk melakukan siasatan dan buat masa ini tiada petunjuk, apa yang penting sekarang operasi menyelamat,” ujarnya. – MalaysiaGazette