Home Seni Hidup JAWI agih 1,000 bubur lambuk percuma secara pandu lalu

JAWI agih 1,000 bubur lambuk percuma secara pandu lalu

Ketua Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengagihkan Bubur Lambuk percuma kepada orang ramai di kawasan tempat letak kereta berhadapan Pusat Penjaja Selera Duta. - Foto Ihsan JAWI

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Masjid Wilayah Persekutuan mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk resepi istimewa secara pandu lalu kepada orang ramai hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pemberian bubur lambuk secara percuma telah dilaksanakan sejak 4 hingga 15 April bermula pada pukul 3 petang di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan.

“Selain edaran bubur lambuk, JAWI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut mengedarkan 123,600 pek juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang bulan Ramadan melalui program Dapur It’am Ramadan 1443H.

“Inisiatif tersebut berkonsepkan agihan makanan bermasak kepada asnaf, B40 dan golongan yang memerlukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masjid Wilayah Persekutuan mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk resepi istimewa secara pandu lalu kepada orang ramai, hari ini. Foto Ihsan JAWI.

Mohd Ajib berkata, pelbagai menu masakan akan disediakan secara bergotong-royong di 70 buah masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan peruntukan berjumlah RM1,236,000.

Terdahulu, beliau hadir mengagihkan bubur lambuk percuma kepada orang ramai di kawasan tempat letak kereta berhadapan Pusat Penjaja Selera Duta di sini petang tadi. – MalaysiaGazette