KUALA LUMPUR – Pemain tengah KL City, Kenny Pallraj yang dilayangkan kad merah akibat menampar kepala Leandro Velazquez ketika menentang Johor Darul Ta’zim mencetuskan kontroversi baharu apabila meluahkan kemarahannya di laman media sosialnya selepas perlawanan tersebut.
Pemain kelahiran Ipoh yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dalam aksi kelmarin berkata, bola sepak negara ini masih dijajah walaupun negara sudah lama merdeka.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, pelawat mendahului pada minit ke-18 melalui jaringan pemain Argentina, Fernando Forestieri.
Bersambung babak kedua, JDT menambah dua jaringan menerusi penyerang berbisa, Bergson da Silva pada minit ke-62 dan minit akhir perlawanan. – MalaysiaGazette