Saturday, November 16, 2024
Home Nasional Covid-19: 10,177 kes baharu, 99.38 peratus kategori 1 dan 2

Covid-19: 10,177 kes baharu, 99.38 peratus kategori 1 dan 2

endemic transition phase Covid-19
Dr. Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR – Negara mencatatkan 10,177 kes baharu Covid-19 semalam, sekaliĀ  gus menjadikan jumlah kumulatif kes sehingga kini sebanyak 4.31 juta.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 10,114 kes atau 99.38 peratus adalah dalam kategori satu dan dua.
Tambah beliau, sebanyak 63 kes atau 0.62 peratus lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
“Sebanyak 195 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 15,132,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Noor Hisham menamab, dua kluster baharu lagi direkodkan dengan 129 kluster masih aktif.
Kata beliau, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.83, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93. – MalaysiaGazette