AHMEDABAD – Kebakaran besar akibat letupan di sebuah loji kimia di negeri barat Gujerat, India, menyebakan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh sebelum api dikawal, kata pihak berkuasa hari ini.
Letupan malam tadi berlaku di hab unit pembuatan kimia dan petrokimia di kawasan perindustrian Dahej di negeri itu, tetapi puncanya tidak diketahui.
”Kilang itu telah musnah sepenuhnya.
“Enam orang mati hangus,” kata Rajendrasinh Gohil, seorang pegawai polis di Dahej.
Pegawai bomba berkata, mereka telah mengawal api di kilang pembuatan Om Organic, kira-kira 230 km ke selatan bandar komersial Ahmedabad di negeri ini. – Reuters (https://www.reuters.com/world/india/six-charred-death-after-blast-indian-chemical-plant-2022-04-11/)