MGNews: Mahkamah Akan Lawat Lokasi Bella Didera

Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, bersama pihak terbabit dalam kes penganiayaan dan pengabaian remaja Sindrom Down dikenali Bella, akan melawat Rumah Bonda yang juga tempat tinggal mangsa pada Rabu ini.

Mahkamah berpendapat selepas meneliti eksibit gambar lokasi kejadian, ia perlu melihat dengan lebih jelas gambaran atau pandangan bilik dobi supaya lebih memahami insiden yang diceritakan dalam keterangan saksi.