Home Ekonomi DN’S Beauty sasar 10,000 usahawan baharu

DN’S Beauty sasar 10,000 usahawan baharu

Syukry Radzuan (dua dari kanan) dan Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari (kanan) menerima Asean Food & Travel Awards 2022 dari Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

KUALA LUMPUR – Syarikat produk kecantikan Bumiputera, DN’S Beauty Solution menyasarkan dapat melahirkan 10,000 usahawan baharu pada tahun ini.

Pengasasnya, Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana syarikat itu akan memberi fokus utama dalam membantu masyarakat yang hilang sumber pendapatan kerana selepas pandemik Covid-19 yang melanda.

Menurut beliau, pada tahun lalu, DN’S Beauty berjaya membantu dua ejen yang merupakan suri rumah yang dapat membuat jualan melebih RM1 juta.

“Tahun ini kami mahu melahirkan lebih ramai jutawan di bawah DNS Beauty sekiranya mereka ingin mengubah kehidupan dan membaiki kewangan.

“Kami sedar ramai individu yang menghadapi kesukaran dalam hal kewangan dan inilah masanya untuk membuat keputusan berani dalam mengubah hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini selepas memenangi  Anugerah ASEAN Food & Travel 2022.

Anugerah itu disampaikan dari Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam satu majlis baru-baru ini.

Ketika pandemik selama dua tahun, DN’S telah mengeluarkan produk vitamin C yang terjual lebih satu juta unit.

Syukry Radzuan dan Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari menerima Asean Food & Travel Awards 2022.

Menurut Nur Jauhatul Dinnie, biarpun baru setahun jagung dalam dunia perniagaan, namun berkat pengalaman dan cabaran yang ditempuh, tahun 2021 menyaksikan kerja keras syarikat telah membuahkan hasil dengan keuntungan sebanyak RM2.8 juta.

Jelas beliau, mula beroperasi lima tahun lalu, banyak cabaran dan rintangan yang dilalui untuk sampai ke tahap hari ini.

“Saya dan suami, Syukry Radzuan  membuat keputusan untuk berniaga dengan duit simpanan peribadi. Pada awalnya kami menjadi dropship untuk beberapa produk dalam kuantiti yang kecil.

“Dan saya suarakan pada suami untuk asaskan sebuah produk kecantikan. Kami mula berkira-kira modal yang ada. Jadi berbekalkan RM5,000 dari saya dan RM5,000 dari suami, kami memulakan perniagaan sendiri.

“Namun kata orang, jika berniaga tanpa ilmu, memang asyik melanggar dinding sahaja. Kami tidak pandai buat promosi dan pemasaran, tidak buat branding. Dan kami ambil keputusan untuk mula timba ilmu perniagaan dan bina kembali apa yang ada,” katanya.

Nur Jauhatul Dinnie memberitahu, sepanjang tahun ini, DN’S Beauty akan memberi fokus kepada dua produk yang mendapat permintaan ramai iaitu Superkids dan Glowskin.

“Produk kami terbahagi kepada dua, untuk dewasa dan kanak-kanak. Jika dulu dalam bentuk serbuk, namun kami formulasikan kembali dalam bentuk tablet, Superkids dan Glowskin dengan adunan bahan sunnah seperti kurma, kismis dan susu kambing,” katanya. – MalaysiaGazette