KUALA LUMPUR – Sudah lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa dan isu juadah berbuka yang dibeli di bazar-bazar semakin mencuri tumpuan di media sosial.
Terbaharu, tular juadah ayam bakar yang masih mentah dijual kepada pembeli.
Menurut Facebook Viral Apa Hari ini, dua ketul ayam yang dibeli di satu bazar Ramadan didapati masih merah dan tidak boleh dimakan.
“Ayam Bakar ❌ Ayam Mentah ✅
“Naya Pembeli Nak Berbuka Ayam Bakar Tapi Hati Terbakar. Sabar Je Lah,” tulis facebook berkenaan.
Rata-rata pelayar media sosial pasa status berkenaan mempersoalkan tindakan segaja atau tidak sengaja oleh penjual.
Zaeiniah Tajuddin berkata, disebabkan daging ayam yang masih mentah itu, kemunginan terdapat bakteria Salmonella di dalamnya.
“Kuman salmonella..boleh mengakibatkan keracunan..jgn pandang remeh,” komen beliau di status berkenaan.
Minggu lalu turut viral di Twitter mengenai roti John berintikan kacang panggang.
Menurut pelayar Twitter @whiteavacadoe, dia kecewa kerana roti John yang dibelinya di bazar Ramadan mengandungi kacang bakar dan bukannya daging seperti yang diminta.
“Baru beli semalam. roti John daging tapi seketul daging pun tak ada. Dia ganti dengan baked beans (kacang panggang) tin sahaja,” tulis beliau di Twitter. – MalaysiaGazette