KUALA LUMPUR – Pengurus Gred E15, TNB Power Generation Sdn Bhd mengaku tidak bersalah membuat tuntutan palsu kerja luar bernilai RM1,855.
Tertuduh, Norhayati Hamzah, 51, membuat pengakuan berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan kepadanya, tertuduh pada 17 Januari dan 26 Febuari 2022 dengan niat memperdayakan Pengurus Jabatan Audit dan Compliance di TNB Power Generation Sdn Bhd, Mohd Kamal Zulkawi dengan menggunakan memalsukan dokumen untuk tuntutan kerja luar dalam negara.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) Akta yang sama.
Hakim, Rozina Ayob kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 yang hanya boleh dibayar oleh seorang penjamin sahaja.
Dalam masa yang sama, Norhayati diarahkan menyerahkan passport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.
Tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM yang berdekatan setiap bulan.
Terdahulu, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Fadhli Ab Wahab memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM10,000.
Norhayati hadir ke mahkamah hari ini diwakili oleh peguambela, Komagan Kanan.
Sementara itu, mahkamah juga menetapkan tarikh pengurusan kes dan serahan dokumen pada 12 Mei 2022.-MalaysiaGazette