Home Nasional Lori tiga tan terbabas, pemandu dan kelindan selamat

Lori tiga tan terbabas, pemandu dan kelindan selamat

Pemandu dan

MERSING – Seorang pemandu lori bersama kelindannya tersepit selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas melanggar penghalang longkang dan pondok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing di Kilometer 3 Jalan Endau – Mersing pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 9.40 minit pagi melibatkan sebuah lori tiga tan jenis Isuzu .

Mangsa merupakan pemandu berumur 39 tahun bersama kelindan lori berumur 33 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke arah Johor Bahru.

Sebaik tiba di tempat kejadian pemandu terlibat dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke dalam longkang berhampiran.

Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan kedua-duanya yang cedera ringan  dirujuk ke Hospital Mersing bagi mendapatkan rawatan lanjut.-MalaysiaGazette