Home Nasional Jangkitan semula Covid-19 boleh berlaku kurang 90 hari

Jangkitan semula Covid-19 boleh berlaku kurang 90 hari

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Jangkitan semula Covid-19 boleh berlaku dalam tempoh kurang daripada 90 hari, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Malah, ada jangkitan kali kedua yang berlaku dalam tempoh 20 hari selepas sembuh daripada jangkitan pertama.

Jelas Khairy, jangkitan semula ini dilihat berisiko berlaku dalam kalangan golongan muda khususnya tidak mempunyai sejarah vaksinasi dan mengalami gejala sederhana.

“Kita telah kaji perkara ini dan kita dapati bahawa sekarang ini memang berlaku kes jangkitan semula yang berlaku dalam tempoh singkat.

“Kita juga mendapat berita bahawa di United Kingdon (UK), Denmark dan Amerika Syarikat (AS) sedang berlaku short interval reinfection (jangkitan semula dalam tempoh yang singkat). Maksudnya dalam tempoh 20 hari dijangkiti semula, malah ada pegawai saya yang dijangkiti semula dalam tempoh 20 hari,” katanya.

Sehubungan itu Khairy berkata, KKM sedang meneliti trend berkenaan dan mengkaji langkah pencegahan yang boleh diambil.- MalaysiaGazette