Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terkesan letupan gas di Mesir

Tiada rakyat Malaysia terkesan letupan gas di Mesir

Kementerian Luar, Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden letupan besar saluran paip gas yang berlaku di Nasr City, Kaherah pada 14 April 2022 dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan semalam.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi:
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi:
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza,
Republik Arab Mesir

– MalaysiaGazette