Home Dunia Tiada lagi azan Subuh buat umat Islam Rwanda Ramadan tahun ini

Tiada lagi azan Subuh buat umat Islam Rwanda Ramadan tahun ini

Penggunaan pembesar suara untuk azan dilarang di Rwanda di bawah undang-undang pencemaran bunyi. Foto DW Africa

 

KIGALI – Umat Islam Rwanda  tidak lagi mendengar laungan azan pada Ramadan tahun ini.

Ia selepas pihak berkuasa mengharamkan penggunaan pembesar suara di masjid pada waktu awal hari pada bulan lalu.

Pihak berkuasa mendakwa penduduk Islam Rwanda telah melanggar undang-undang pencemaran bunyi yang melarang bunyi bising melebihi 55 desibel pada siang hari dan 45 desibel pada waktu malam di kawasan perumahan.

”Keputusan itu melanggar hak kami untuk mengamalkan kepercayaan kami,” kata Zaina Mukamabano, 55, yang tinggal di ibu kota, Kigali.

Dia berkata, ini kali pertama dalam hidupnya tidak ada azan atau “adnan” seperti yang disebut dalam bahasa Arab, pada waktu pagi sepanjang Ramadan.

Amalan memasang pembesar suara pada menara di masjid bermula di Asia pada tahun 1930-an dan merebak ke seluruh dunia.

Lima laungan azan dibuat setiap hari, untuk memanggil umat Islam solat lima waktu.

Pihak berkuasa Rwanda mengatakan rata-rata penduduk mengadu laungan azan paling awal berlaku antara 4.30 dan 4.49 kira-kira dua atau tiga minit.

“Kami tidak gembira… semasa Ramadan azan memberitahu kami bahawa sudah tiba masanya untuk mula berpuasa dan tidak semua umat Islam di Rwanda mempunyai jam penggera,” kata seorang lagi penduduk, Nuhu Bihibindi. – BBC

1 Komen

  1. Begitulah kalau Islam menumpang dinegara kafir . Dibenar sembahyang dan zikir pun satu rahmat dah apa jadi kalau sembahyang pun dilarang ketika itu tunggu sahaja lah Qiamat akan tiba

Comments are closed.