KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi Rasmus Paludan, pemimpin Stram Kurs yang membakar senaskah al-Quran di Linkoping, Sweden.
Wisma Putra menerusi satu kenyataan berkata, tindakan itu telah melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara.
“Tindakan tersebut merupakan suatu usaha provokasi, menghasut kebencian yang mesti ditolak oleh semua pihak yang inginkan keamanan dan hidup bersama dalam budaya damai.
“Malaysia juga menekankan kepentingan untuk menghapuskan semua bentuk keganasan
dan kebencian, termasuklah Islamofobia, kata Wisma Putra dalam kenyataan itu hari ini.
Menurutnya, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan sentimen Islamofobia dan pelampau agama.-MalaysiaGazette