Penduduk Orang Asli di Kampung Gurney, Ulu Yam Baru, Batang Kali, Hulu Selangor meminta kerajaan negeri segera mewartakan tanah warisan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Gurney, Meri Liew Pong mendakwa permohonan untuk mewartakan tanah adat telah dibuat sejak 2017 dan sehingga kini tiada hitam- putih.