Walaupun tidak seperti orang lain dan diuji dengan pelbagai dugaan termasuk perceraian, semangat Affendi Muda begitu kental.
Katanya, selagi dikurniakan kudrat oleh Allah SWT, dia akan terus menyelusuri lorong demi lorong untuk mengutip barang buangan termasuk besi-besi buruk yang boleh dikitar semula demi mencari rezeki.