Home Utama Penggunaan e-skuter perlu ada lesen – Ka Siong

Penggunaan e-skuter perlu ada lesen – Ka Siong

Kementerian Pengangkutan memaklumkan sebarang penggunaan terhadap skuter elektrik atau e-skuter perlu mendapatkan lesen.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan memaklumkan sebarang penggunaan terhadap skuter elektrik atau e-skuter perlu mendapatkan lesen.

Menurut menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong pelaksanaan lesen itu dikenakan kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna mahu pun pembekal produk berkenaan.

“Kedua-dua kita akan laksanakan lesen, kalau dia nak bekalkan kena melalui pengendali lesen dan cukai, kita nak semak spesifikasi, nama sahaja e-bycycle tapi dia punya kelajuan macam motosikal. Kita kena tengok tidak boleh berpandukan kepada nama sahaja.

“Ada yang pakai nama lain tapi kita lihat fungsinya dan takrifan kita tentang mikro mobiliti kesemua kena lihat kerana ini menjadi satu trend kebanyakan tempat.

“Kalau berada di kawasan yang sunyi dan kelajuan sangat tinggi, dia tidak akan dapat kawal. Ini akan berlaku nahas, jadi kita ada ada undang-undang dan gubal tapi sekarang masuk kepada peraturan kecil,” katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ka Siong diminta mengulas mengenai laporan MalaysiaGazette hari ini dimana terdapat aktiviti penggunaan e-skuter oleh sekumpulan penggunaan secara berbahaya di Taman Tasik Perdana Cyberjaya.

Tinjauan MalaysiaGazette malam tadi mendapati, kebanyakan penunggang e-skuter berkenaan tidak menghiraukan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Jelas Ka Siong, penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter adalah termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.

Pindaan itu, katanya, merangkumi semua aspek kenderaan yang digolongkan di bawah kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.

“Kita kena perhalusi setiap satu dan pendekatan sudah dibuat berkali-kali kerana jumlah mikro mobiliti ini banyak.

“Nama macam e-bycycle tapi bukan basikal. Kelajuan dia jauh lebih tinggi tak gunakan padel break dan kita kena lihat setiap satu supaya kita tidak terlepas pandang.

“Definisi kena jelas dan kesemua akan dibuat melalui satu peraturan kecil dan kita kena kawal,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tunggang e-skuter tengah jalan raya, penunggang seolah-olah ‘menempah maut’

2 Komen

  1. SEPERTI BERLAKU KORBAN BASIKAL LAJAKKK…..SEMUA PIHAK AKAN MENYALAHKAN YANG MELANGGAR…TIDAK MENYALAHKAN YANG ADA BODOH SOMBONG dan BAHAYAKAN DIRI DAN ORANG LAIN

  2. sepatutnya kena dapat lesen peiktirafan sirim dulu sbb ia barang elektronik..kemudian perlu ada undang2 pengunaannya ditempat awam atau jalan raya..

Comments are closed.