Home SISWA Fakulti Undang-Undang UM sambut ulang tahun ke-50

Fakulti Undang-Undang UM sambut ulang tahun ke-50

Fakulti Undnag-Undnag UM

KUALA LUMPUR – Pada 21 April 1972, hampir sedekad selepas penubuhan Universiti Malaya, sekolah undang-undang pertama di negara iaitu Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) telah ditubuhkan dan menyambut ulang tahunnya yang ke 50 pada hari ini.

Individu yang bertanggungjawab di belakang tabir dan melihat pengiktirafan berkanun Fakulti Undang-Undang, UM, ialah Datuk G. Rajasooria.

Dekan pertama, Allahyarham Tan Sri Profesor Dr Ahmad Ibrahim, telah dilantik pada Ogos 1972, sebelum ‘pintu’ fakulti dibuka pada bulan September 1972 kepada 50 ‘peguam’ baru, kumpulan pertama Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.

Mereka telah menamatkan pengajian pada tahun 1976.

Menurut Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin, hari ini genap 50 tahun penubuhan Fakulti dan Fakulti Undang-Undang telah berkembang daripada hanya pengambilan 50 pelajar pada tahun pertama kepada 160 pelajar sarjana muda setahun (pelajar dalaman), 450 pelajar pascasiswazah, di mana 110 daripadanya sedang melanjutkan pengajian PhD (dalaman dan jauh) dan lebih daripada 300 pelajar luar negara.

Sepanjang 5 dekadnya, fakulti telah berkembang daripada sebuah institusi pengajian kepada persekitaran profesional yang matlamatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan profesion undang-undang.

Mulai dari ijazah sarjana muda yang dianugerahkan pada tahun 1976, graduan Sarjana pertama dengan bangganya menerima skrol mereka pada tahun 1978, dan dua tahun kemudian, diikuti dengan penganugerahan PhD. Kumpulan perintis Fakulti Undang-undang ini adalah ‘peguam’ pertama yang menerima skrol mereka daripada Canselor ketika itu, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Manakala individu-individu yang terlibat ketika upacara pecah tanah bangunan yang ada kini itu termasuk Profesor Emeritus Leong Wai Kum, dari Universiti Nasional Singapura dan lebih dekat dalam negara kami, kita mempunyai nama yang terkenal seperti Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Zarinah Anwar, juga kini Pengerusi Lembaga Pengarah wanita pertama Universiti Malaya, Tan Sri Alizatul Khair dan Tun Mohd Raus Shariff, bekas Ketua Hakim Tanah Melayu.

Nama-nama ini bukanlah satu-satunya bintang yang bersinar dari Fakulti Undang-Undang. Fakulti pada masa ini, sedang menghasilkan pelbagai personaliti tersohor yang telah merentasi alam kecemerlangan Fakulti sejak penubuhannya.

Johan juga berkata, tokoh-tokoh terkemuka masa kini tidak lain tidak bukan ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Ke-10, tidak lupa juga beberapa orang Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang merupakan alumni Fakulti. Personaliti lain termasuk bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Badariah Sahamid, Datuk Khaw Lake Tee (bekas Dekan Fakulti Undang-Undang dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya), Dato Nik Ramlah Nik Mahmood (bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti), Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara Malaysia), Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, (bekas speaker Dewan Rakyat), Dato’ Azalina Othman (bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat) dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (bekas Menteri Wanita , Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat).

”Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya telah mengecapi pelbagai pencapaian sepanjang 50 tahun ini dan kami berbangga dengan pencapaian ini. Tetapi ini bukanlah isyarat bahawa kita boleh berehat dengan kejayaan kita. Kita perlu maju ke hadapan dengan penuh semangat untuk meneruskan perjalanan dan mendaki sempadan yang belum diketahui untuk terus menghasilkan graduan yang cemerlang dan juga untuk memastikan peranan kita dalam pertumbuhan pendidikan undang-undang di Malaysia.

”Sempena Sambutan Jubli Ulang Tahun Emas Ke-50 yang akan diadakan pada 17 Jun 2022, Fakulti telah menyusun beberapa program. Fakulti ingin alumni Fakulti Undang-undang untuk terus dekat dengan fakulti, dan menyertai seberapa banyak program dirancang sepanjang tahun ini untuk menjadikan Ulang Tahun ke-50 ini sebagai tahun yang penuh kejayaan dan cemerlang serta untuk menjadi memori dan untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” kata Johan. – MalaysiaGazette