Home Nasional PDRM nafi tiada saman dikeluarkan ke atas kesalahan tidak pakai pelitup muka

PDRM nafi tiada saman dikeluarkan ke atas kesalahan tidak pakai pelitup muka

PDRM
Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Rumah Rakyat Kendong, Rembau dekat sini, semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa itu tidak mengambil tindakan mengeluarkan saman terhadap kesalahan tidak memakai pelitup muka seperti tular di laman media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya telah mengesan sebaran mesej itu yang mengelirukan orang ramai.

“PDRM ingin menegaskan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan ke Fasa Endemik Covid-19 bertarikh 1 April 2022, masih lagi berkuatkuasa.

“Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat awam dan oleh yang demikian, PDRM masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, orang ramai diminta mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette