Home Nasional Tahanan lolos : 88 masih diburu termasuk dua dalang utama rusuhan

Tahanan lolos : 88 masih diburu termasuk dua dalang utama rusuhan

The manhunt on two masterminds of the riot at the Sungai Bakap Immigration Detention Centre is still ongoing.
The manhunt on two masterminds of the riot at the Sungai Bakap Immigration Detention Centre is still ongoing. Dua dalang utama kejadian rusuhan dan tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap yang masih diburu polis.

BANDAR BAHARU – Polis masih mengesan 88 tahanan etnik Rohingya yang merusuh sebelum melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di Relau, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, 88 tahanan itu termasuk dua dalang utama yang mencetuskan rusuhan pada hari kejadian.

Jelas beliau, setakat jam 12 tengah hari tadi, pihaknya telah berjaya menahan semula lapan tahanan.

Kata Wan Hassan, lokasi pencarian tahanan dilakukan sekitar daerah Bandar Baharu dan Kulim bagi negeri Kedah manakala Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Kerian, Perak.

“Berdasarkan pecahan, sehingga kini, 440 etnik Rohingya yang lolos sudah ditahan semula dan ia membabitkan 223 lelaki, perempuan (88), kanak-kanak lelaki (68) serta kanak-kanak perempuan (61).

“Pecahan 88 tahanan yang masih bebas pula membabitkan 71 lelaki, sembilan perempuan dewasa, satu kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan,” katanya kepada pemberita di kawasan operasi pencarian Bukit Tok Non di sini, hari ini.

Mengulas mengenai siasatan, Wan Hassan berkata, empat tahanan dipercayai menjadi dalang utama kejadian dikenal pasti selepas pihaknya merakamkan keterangan tahanan yang meloloskan diri.

Mereka dikenali sebagai Nur Karim Shir, 34, Mohamed Ali, 30, Muhammad Salim Nur Amin, 21, dan Mohd Yunus, 44.

“Nur Karim dan Mohamed Ali telah diberkas manakala dua lagi masih bebas dan kita percaya mereka masih berada di kawasan sekitar

“Operasi mengesan dalang utama serta tahanan yang masih bebas akan diteruskan,” katanya. – MalaysiaGazette