Home Nasional Arab Saudi sediakan laluan protokol khas untuk Zahid

Arab Saudi sediakan laluan protokol khas untuk Zahid

Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi ketika berada di Madinah.-Foto FB Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menyediakan laluan protokol khas kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Raudhah dan makan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laluan khas tersebut disediakan kepada Ahmad Zahid kerana menghormati beliau sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri.

“Alhamdulillah lewat malam ini selepas tarawih dapat menziarahi makam Nabi Muhammad SAW dan bermunajat di Raudhah bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kerajaan Arab Saudi cukup menghormati beliau sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dengan menyediakan laluan protokol khas kerajaan untuk ke Raudhah dan makam Nabi Muhammad SAW,” katanya di media sosial.

Pada 8 April lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan pasportnya bagi mengerjakan umrah dari 21 April himgga 30 April.

Beliau yang kini berhadapan pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram mengaku janji kepada mahkamah untuk memulangkan pasport itu pada 5 Mei ini.

Ini adalah kali kedua Ahmad Zahid memohon pelepasan pasportnya.

Pada 11 Oktober tahun lalu Hakim Datuk Collin Lawrence membenarkan beliau mendapatkan dokumen itu bagi membolehkannya menerima rawatan pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman.

Sementara itu Ahmad Zahid yang berada di Arab Saudi bersama isterinya, mengucapkan kesyukuran kerana hasrat untuk menunaikan ibadah umrah tercapai.

“Setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Ilahi saya panjatkan, syukur Alhamdulillah saya dan isteri diberi peluang menunaikan ibadah umrah pada tahun ini.

“Terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang membantu memudahkan pengurusan dalam perjalanan untuk melaksanakan ibadah umrah saya ini.

“Terima kasih jugaa buat sahabat handai yang meluangkan masa mengiring dan mendoakan saya dalam perjalanan ke tanah suci. Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan Rahmat Allah SWT dan limpahan syafaat Rasulullah SAW,” katanya.

Sequerah menetapkan 13 dan 15 April ini serta 1 Julai bagi tarikh gantian perbicaraan bela diri.

Pada prosiding 13 April ini, Ahmad Zahid akan mula membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ALHAMDULLAH….SESUNGGUHNYA ALLAH mudahkan aku dihjir ismail raudah makam nabi TANPA PROTOKOL KHAS

Comments are closed.