Home Utama Seramai 709 bekas pekerja Perwaja Steel dapat pampasan – PM

Seramai 709 bekas pekerja Perwaja Steel dapat pampasan – PM

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 709 orang bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) akan mendapat pampasan setelah mereka ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.

Menerusi Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan perkara itu berkata, penerima akan mendapat pampasan dengan cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000.

Katanya, pampasan itu diberikan setelah lebih tujuh tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah dengan akhirnya ia diselesaikan menerusi pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

Kilang PSSB ditutup operasinya pada 19 November 2014 dan pekerjanya diberhentikan setelah tidak dibayar gaji secara tetap dalam tempoh sekian lama. – MalaysiaGazette