NEW YORK – Kebakaran hutan yang terus marak merentasi Arizona, Nebraska dan New Mexico membabitkan 52 hektar dan menyebabkan satu kematian.
Kebakaran itu menyebabkan pemindahan penghuni terpaksa dilakukan bagi kira-kira 4,000 buah rumah.
Bencana itu juga melanda California, Colorado dan Texas.
Corey Mead, peramal Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, Nebraska menyaksikan kebakaran “melebihi normal” dan gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham berkata, kebakaran itu berlaku sebelum permulaan musim kebakaran di negeri itu.
Lujan Grisham berkata, ancaman terbesar di negerinya ialah kebakaran Calf Canyon, di timur Santa Fe yang menyebabkan memberi risiko ke atas 90 kediaman.
Kebakaran Calf Canyon digabungkan dengan kebakaran Hermits Peak yang berlaku kira-kira 19 kilometer di barat laut Las Vegas, New Mexico, di dasar Puncak Hermits di Padang Belantara Pecos.
Kebakaran Hermits Peak bermula pada 6 April selepas “angin tidak menentu yang tidak dijangka” daripada kebakaran yang menyebabkan api semakin marak.
Lujan Grisham berkata lebih 200 bangunan telah terbakar dan 1,000 anggota bomba telah dihantar. Menjelang Ahad, kebakaran Calf Canyon telah membakar lebih daripada 22,000 hektar dan 12 peratus dapat dikawal.
Lebih daripada 3,400 rumah di New Mexico diletakkan di bawah arahan pemindahan mandatori.
Coconino County di Arizona Utara berada dalam keadaan kecemasan ketika anggota bomba bergelut untuk mengawal kebakaran hutan, kira-kira 22 kilometer timur laut Flagstaff.
Lebih 260 anggota bomba dan pekerja telah dikerahkan untuk mengawal kebakaran dan memaksa lebih 750 isi rumah di kawasan itu berpindah, menurut pejabat gabenor.
Kebakaran di Coconino County, yang bermula pada 17 April lalu berjaya dikawal sebanyak 3 peratus setakat Ahad dan setelah merebak di lebih 8,500 hektar kawasan.
Kira-kira 25 bangunan musnah, kata pejabat gabenor.
Di Nebraska, seorang terbunuh dan tiga anggota bomba cedera akibat kebakaran hutan yang bermula pada hari Jumaat, didorong oleh angin kencang dan rumput kering yang terbakar di seluruh wilayah barat dan tengah negeri itu, kata pihak berkuasa. NY Times (https://www.nytimes.com/2022/04/24/us/wildfires-arizona-new-mexico.html)