Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sebanyak 38,000 tan sisa pepejal dihasilkan sehari di negara ini dan kebanyakannya adalah daripada sisa makanan.
Bagi memupuk kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai makanan, petang tadi beliau melancarkan Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran #JomTapau di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.