Home Seni Hidup Siti Nurhaliza tunai umrah di akhir Ramadan

Siti Nurhaliza tunai umrah di akhir Ramadan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil berkat hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Mekah apabila berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa semalam.

Menerusi satu hantaran di media sosialnya, wanita berusia 43 tahun itu memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulis Siti di Instagram Story.

Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan.

Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya. – MalaysiaGazette

Sesi bergambar bersama Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Majlis Menandatangi (MOU) dan Binary Univerity di Hotel One World, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 22 APRIL 2022.