Home Seni Hidup Botol kitar semula Spritzer hiasi EcoPark dengan semangat Aidilfitri

Botol kitar semula Spritzer hiasi EcoPark dengan semangat Aidilfitri

Ecopark yang dihiasi ribuan boto kitar semula.

 

KUALA LUMPUR – Mengambil semangat sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba, Spritzer EcoPark mengitar semula ribuan botol Air Mineral Asli Spritzer untuk dijadikan hiasan tradisional.

Para pengunjung boleh melawat Spritzer EcoPark di Taiping, Perak bermula 19 April hingga 31 Mei ini dengan percuma bagi melihat hiasan kitar semula bertemakan Hari Raya Balik Kampung Bersama.

“Pengunjung akan disambut oleh gerbang utama dengan pemandangan hiasan perayaan, termasuk pembalut ketupat, katil sofa dan periuk belanga yang mengingatkan rumah tradisional kampung,” kata Spritzer.

Bagi memeriahkan lagi Spritzer Ecopark itu, para pengunjung dan keluarga bersama rakan-rakan boleh bersiar-siar, berbuka puasa di tengah-tengah suasana murni di Kafe STG yang selesa dan menikmati malam bersama.

Malah pengunjung boleh berswafoto dan merakam gambar taman yang dihias sepenuhnya sebagai kenang-kenangan.

Selain itu, Spritzer EcoPark mempunyai pelbagai aktiviti dan tarikan untuk pengunjung dari 30 April hingga 8 Mei 2022, termasuk menunggang pedal kart, lolipop Balik Kampung dan coklat ketupat yang menyelerakan dan minuman Tropical Fizz oleh Spritzer Sparkling bagi menghilangkan dahaga.

Turut diadakan bengkel DIY untuk kraf bunga, bakul bunga dan kraf.

Pengunjung yang merakam dan menyiarkan gambar hiasan atau aktiviti perayaan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan hadiah kejutan setiap hari untuk ditebus oleh tiga bintang hari lahir pertama pada hari itu .

Sempena Hari Ibu, terdapat aktiviti tambahan seperti perkhidmatan merias kuku, lukisan seni badan dan ilustrasi diatur khusus dari 6 hingga 8 Mei 2022. – MalaysiaGazette