Home Akhbar Cina Jualan kereta meningkat

Jualan kereta meningkat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan kereta baharu dan terpakai telah meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan

Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat-Syarikat Motor dan Kredit Malaysia, Datuk Tony Khor berkata, jualan kereta Perodua adalah paling baik.

Menurutnya, disebabkan isu bekalan peranti global yang melewatkan penghantaran kereta, terdapat juga pengguna yang sanggup membeli kereta terpakai.

Jelasnya, pelaksanaan cukai jualan kereta sebanyak enam peratus turut mendorong orang ramai membeli sebelum pelaksanaan cukai itu.

“Kami telah meminta kerajaan untuk menundakan pelaksanaan cukai ini sekurang-kurangnya enam bulan iaitu kepada 2023 supaya penjual dapat menyelesaikan tempahan yang tertunggak,” katanya kepada China Press.

Mengenai kelewatan penghantaran kereta kerana isu rantaian bekalan, Tony berkata, keadaan itu telah bertambah baik.

“Keadaan bertambah baik sejak beberapa bulan lalu dan masa menunggu adalah antara dua hingga enam bulan, bergantung kepada jenama,” katanya. – MalaysiaGazette