Home Nasional 61 tahanan etnik Rohingya belum ditangkap

61 tahanan etnik Rohingya belum ditangkap

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Seramai 61 pelarian tahanan etnik Rohingya daripada 528 yang merusuh di Depoh Imigresen Relau masih belum ditangkap semula sehinggga 27 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, terdapat juga dalam kalangan pelarian itu menyerah diri.

“Daripada 528 yang lari, hanya tinggal 61 sahaja lagi pelarian yang belum dikenalpasti kedudukannya,” katanya dalam selepas majlis penyerahan surat keputusan kewarganegaraan di Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 20 April lepas, 528 tahanan di depot tersebut merusuh sebelum melarikan diri dan enam daripadanya maut akibat dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). – MalaysiaGazette