Home Ekonomi Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi

Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi

a6b7a294107300080526c44d066254bf626bc1b425b77-640x400
Tan Sri Md Nor Yusof

KUALA LUMPUR – AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.

AMMB Holdings Bhd dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata pelantikan itu dibuat berikutan persaraan pengerusi bukan bebas bukan eksekutifnya Tan Sri Azman Hashim hari ini.

“Md Nor mempunyai kerjaya yang cemerlang dengan lebih 40 tahun pengalaman pengurusan kanan serta peringkat lembaga pengarah termasuk kepakaran yang luas dalam sektor perkhidmatan kewangan,” kata kumpulan itu.

Azman menyatakan keyakinan bahawa pengerusi baharu ini mampu membimbing lembaga pengarah serta pasukan pengurusan kanan bagi memastikan AmBank kekal sebagai institusi perbankan dan kewangan yang hebat di Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk menyerahkan baton kepada Md Nor Yusof. Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa dengan pengalamannya serta kepakaran yang luas termasuk rekod kejayaan yang terbukti, AmBank akan terus berkembang lebih kukuh di bawah kepimpinannya,” kata beliau lagi.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts