KUALA LUMPUR – Permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet bagi tahun ini dilanjutkan sehingga 15 Jun.
Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyeru supaya pengusaha hotel yang layak mengemukakan permohonan dengan segera.
“Pemberian geran ini diharapkan dapat pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis-premis mereka untuk menarik lebih ramai pelancong datang menginap,” kata MOTAC menerusi kenyataan, hari ini.
Jelas kementerian berkenaan, maklumat lanjut seperti Garis Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan lain-lain maklumat boleh dilayari di laman sesawang rasmi MOTAC.
Permohonan tersebut yang bermula pada 1 April lalu dan sepatutnya berakhir 30 April ini untuk semua pengusaha hotel bajet yang diberikan penggredan 1, 2 dan 3 Orkid.
Kerajaan melalui Bajet 2022 memperuntukkan RM30 juta bagi pemberian Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet. – MalaysiaGazette