Home Nasional Penutupan operasi LHDN sempena Hari Pekerja dan Aidilfitri

Penutupan operasi LHDN sempena Hari Pekerja dan Aidilfitri

Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup beberapa harı sempena Hari Pekerja dan sambutan Aidilfitri.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan semua pejabat agensi berkenaan bermula 1 Mei (Ahad) hingga 4 Mei (Rabu) bagi seluruh negeri kecuali Kelantan dan Terengganu dari 1 Mei (Ahad) hingga 5 Mei (Khamis).

Menurut LHDN sepanjang tempoh penutupan itu, pelanggan disarankan melakukan urusan berkaitan agensi tersebut secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan melalui portal rasmi agensi itu di www.hasil.gov.my – Bernama