KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 25 tahun maut selepas cedera parah di bahagian kepala akibat kemalangan dari arah Mid Valley menghala ke Bulatan Sultan Mohamad di sini pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pukul 6.15 pagi tadi.
Katanya, ketika kejadian, lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Toyota Caldina itu hilang kawalan sebelum terbabas.
Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik itu kemudian melanggar sebatang pokok di kiri jalan.
Pemandu berkenaan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan.
Orang ramai yang mempunyai mempunyai maklumat berhubung kemalangan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT ), Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03- 20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.- MalaysiaGazette