Home Ekonomi Sarawak terima keputusan BNM tidak luluskan permohonan lesen bank digital

Sarawak terima keputusan BNM tidak luluskan permohonan lesen bank digital

Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak meluluskan pemohonan kerajaan negeri untuk memperolehi lesen bank digital.

Beliau berkata ia tidak menjadi masalah dan Sarawak tidak perlu untuk membuat pemohonan semula.

“Ia tidak menjadi masalah, lagi pun Sarawak sudah mempunyai S Pay Global,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib

S Pay Global adalah platform mudah alih teknologi kewangan (fintech) yang dibangunkan oleh kerajaan Sarawak.

Konsortium Sarawak yang tidak tersenarai untuk memperolehi lesen bank digital itu adalah Revenue Group dan Kenangan Investment Bank Berhad.

Pada 29 April lepas, BNM dalam satu kenyataan berkata hanya lima sahaja pemohonan untuk mendapatkan lesen bank digital diluluskan, tiga daripada konsortium itu adalah Boost Holding Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, GXS Bank Pte dan Kuol Brothers Sdn Bhd yang diberikan lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Sementara itu, dua lagi konsortium yang layak adalah Aeon Financial Service, Aeon Credit Service Berhad dan MoneyLion Inc serta KAF Investment Bank yang akan diberikan lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. – BERNAMA