KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di bawah 1,000 kes semalam kepada 921 kes.
Laman sesawang COVIDNOW melaporkan sebanyak sembilan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk lima kes di luar hospital.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kes kematian terkumpul sebanyak 35,564.
Jumlah kes aktif pula bertambah kepada 4,609 dengan 929 kes dirawat di hospital.
Sebanyak 69 daripadanya menerima rawatan di unit rawatan rapi termasuk 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh yang dilaporkan pula sebanyak 5,520. – MalaysiaGazette