Home Dunia ‘Perogol Facebook’ ditemui mati dalam penjara

‘Perogol Facebook’ ditemui mati dalam penjara

Thabo Bester. Foto Getty Images

CAPE TOWN – Banduan Afrika Selatan, Thabo Bester yang dikenali sebagai perogol Facebook kerana menggunakan laman rangkaian sosial untuk memikat mangsanya ditemui mati di dalam sel penjaranya, menurut laporan media tempatan.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pemulihan (DCS) mengesahkan kematian banduan itu di Bloemfontein.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian.

“Dia ditemui pada kira-kira 3.35 pagi (Selasa) ini, yang mana selnya dibakar, dia ditemui di atas lantai,” menurut laporan media SABC.

Bester sedang menjalani hukuman penjara kerana membunuh seorang model pada 2012.

Sebelum ini dia disabitkan dengan kesalahan merogol dan merompak dua calon model yang telah dipikatnya di Facebook. – BBC