Home Nasional Angin kencang, ribut sehingga 9 Mei

Angin kencang, ribut sehingga 9 Mei

Pemandangan di sekitar Jeti Teluk Gong, ne3layan tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca hujan yang melanda. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa peralihan monsun bermula hujung September hingga pertengahan atau hujung Oktober ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jeti Kampung Nelayan Teluk Gong Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, laut bergelora, hujan lebat dan ribut petir bermula hari ini sehingga 9 Mei ini.

Ia diramalkan berlaku di perairan Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur sehingga jam 2 petang Isnin ini.

Angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Sementara kategori kedua pula, amaran angin kencang dengan 5 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter di kawasan perairan Phuket sehingga 9 Mei ini.

MetMalaysia meramalkan angin kencang dan keadaan gelora laut amat berbahaya untuk aktiviti perkapalan seperti menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot kecil, rekreasi laut juga sukan laut.

Dalam pada itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka, Phuket Samui, Utara Tioman, Timur laut Reef North , Layang-Layang, Palawan dan Sulu.

Ia boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di Pahang (Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Batu Pahat dan Pontian) sehingga jam 1 tengah hari Isnin ini,” katanya

dalam laman sesawang www.met.gov.my . -MalaysiaGazette