Home Sukan Arteta sambung kontrak bersama Arsenal

Arteta sambung kontrak bersama Arsenal

Arteta dan Jonas menandatangani kontrak baharu sebagai Pengurus bersama the Gunners. Sumber rasmi www.arsenal.com

LONDON – Mikel Arteta menandatangani kontrak baharu untuk terus kekal sebagai pengurus pasukan Arsenal.

Turut dilanjutkan kontrak adalah Pengurus pasukan wanita the Gunners, Jonas Eidevall.

Arteta dilantik sebagai pengurus pada Disember 2019 dan pemeteraian kontrak baharu itu membolehkan Arteta bersama Arsenal sehingga musim 2024/25.

Eidevall menyertai kelab London itu pada musim lalu dan penyambungan kontraknya akan memastikan dia kekal mengemudi pasukan wanita the Gunners sehingga musim 2023/24.

Pengarah Arsenal, Josh Kroenke berkata, penawaran kontrak baharu kepada kedua-dua pengurus berkenaan merupakan bukti pasukan itu terus stabil dan sedang berada pada landasan terbaik menuju pembangunan masa depan.

Skuad lelaki berusaha menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas bagi membolehkannya beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Pasukan wanita pula kini memburu gelaran Liga Super dengan ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Chelsea.

“Komitmen dan visi yang ada pada Arteta memberi mesej jelas hala tuju kelab berada dalam landasan tepat di bawah kepimpinannya.

“Kami yakin dia (Arteta) akan mengembalikan pasukan untuk merebut gelaran utama dalam liga tempatan dan antarabangsa,” katanya.- BBC Sport

https://www.bbc.com/sport/football/61345033