Home Nasional Banjir Pontian: 51 masih di PPS, sebuah PPS ditutup

Banjir Pontian: 51 masih di PPS, sebuah PPS ditutup

MGF11092020_BANJIR-KAMPUNG-PERIUK_01-640x427
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai 51 orang mangsa banjir kilat di daerah Pontian masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi, selepas satu PPS ditutup semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunian yang menempatkan 117 individu daripada 20 buah keluarga ditutup pada pukul 6 petang semalam.

“Dua PPS yang masih beroperasi iaitu SK Seri Bukit Panjang menempatkan 32 individu daripada tujuh keluarga, manakala SK Melayu Raya pula 19 individu daripada empat keluarga,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan pada dua hari lepas telah menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung Seri Segambut, Kampung Bukit Panjang dan Kampung Jasa Sepakat dinaiki air. – MalaysiaGazette

 

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts