ALOR GAJAH – Seorang warga emas ditemui mati di sebuah rumah yang dipenuhi semak-samun di Kampung Londang, Masjid Tanah di sini, malam tadi.
Difahamkan mayat lelaki berusia 63 tahun yang tinggal sendirian di rumah berkenaan ditemui penduduk kampung sebelum memaklumkannya kepada polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan mayat dan identitinya sudah dikenali pasti berdasarkan temubual dengan keluarganya.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah, namun bergantung kepada keputusan bedah siasat yang dijalankan pada jam 1 tengah hari tadi.
“Satu kenyataan lengkap akan dikeluarkan selepas selesai bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette