MGNews: Bas Persiaran Ke Kawasan Tanah Tinggi Perlu Brek Kedua

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ,) Datuk Lokman Jamaan berkata, brek kedua diperlukan kerana faktor laluan berbukit tinggi, curam dan berselekoh.

Beliau berkata demikian ketika menjalankan Operasi Khas pemeriksaan di Terminal Bas Awana, di Genting Highlands, Pahang.