Home Dunia Kebakaran belukar di New Mexico semakin buruk

Kebakaran belukar di New Mexico semakin buruk

Asap menyelubungi ruang udara Mexico yang berdepan dengan kebakaran semak sejak sebulan. foto Reuters

MEXICO – Hermits Peak Fire yang menjadi kebakaran kedua terbesar dalam sejarah di New Mexico dijangka menjadi lebih teruk pada hujung minggu ini susulan keadaan berangin dan cuaca kering melanda di Amerika Syarikat (AS).

Kebakaran ini telah berlaku selama lebih sebulan dan masih merebak dengan keluasan kawasan lebih besar daripada bandar Chicago.

Ramai keluarga telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan penduduk sudah dipindahkan.

Angin dan cuaca panas dijangka memarakkan lagi kebakaran.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Albuquerque memberi amaran keadaan berangin dan kering dijangka sepanjang hujung minggu dan “akan memburukkan keadaan buruk”.

Presiden AS Joe Biden minggu ini mengisytiharkan bencana besar di New Mexico, membolehkan sumber persekutuan termasuk bantuan kewangan dikeluarkan bagi membantu
individu yang terjejas.

Restoran dan kedai runcit di Las Vegas, bandar New Mexico yang mempunyai 13,000 populasi, telah ditutup.

Manakala sekolah dipilih pilihan sama ada ditutup atau pelajar dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Kebakaran itu telah menghitamkan kawasan lebih daripada 267 batu persegi (691 km persegi).

Ia dipercayai bermula pada 6 April lalu selepas kebakaran pencegahan yang dimulakan oleh Perkhidmatan Hutan AS untuk mengurangkan risiko tumbuh-tumbuhan mudah terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran itu merebak dan menjadi masalah.

Kekerapan kebakaran hutan yang besar telah meningkat secara mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Berbanding tahun 1970-an, kebakaran yang lebih besar daripada 10,000 ekar (40 km persegi) kini tujuh kali lebih biasa di barat AS, menurut Climate Central, sebuah organisasi bebas. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-latin-america-61367797)