Home Nasional Polis sedang kesan pemandu Myvi didakwa samseng

Polis sedang kesan pemandu Myvi didakwa samseng

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala Lumpur sedang mengesan sebuah kereta Myvi yang membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain seperti yang tular di laman Facebook Inforoadblock.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memohon pemilik video Dash Cam dan saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang maklumat boleh menghubungi Inspektor Vigneswara A/L Mahendaraj di talian 0174336110 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana Balai Polis berhampiran. – MalaysiaGazette