Home MGNews MGNews : Masuk Secara Haram, Status Rohingya Sama Seperti Pendatang Tanpa Izin...

MGNews : Masuk Secara Haram, Status Rohingya Sama Seperti Pendatang Tanpa Izin – KP Imigresen

Mana-mana individu yang memberi perlindungan mahupun menyembunyikan tahanan etnik Rohingya boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga 5 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, ini kerana etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (Pati).